PAMERAN KAMI 8 : SI+SA (MUAT TURUN EBOOK DISINI)

PAMERAN KAMI 8 : SI+SA (MUAT TURUN EBOOK DISINI)

 

PAMERAN KAMI 8 : SI+SA 

( 14 SEPTEMBER-23 OKTOBER 2020)

 

 

SI dan SA merujuk kepada dua lokasi berkaitan perkembangan seni tampak tempatan iaitu Seri Iskandar (SI) di Perak dan Shah Alam (SA) di Selangor. Secara lahiriah, jarak yang jauh memisahkan kedua-duanya namun secara maknawi, kedua-duanya sering berkait kerana sekolah seni reka yang telah bertapak di Seri Iskandar sejak 1997 ini pada dasarnya merupakan kesinambungan daripada tenaga pengajar seni yang pernah mengajar atau belajar di FSSR Shah Alam. Banyak peristiwa pahit dan manis yang menggamit mereka selama menceburkan diri dalam bidang seni. Sebagai pelajar tentunya kenangan bersama rakan-rakan dan tenaga pensyarah serta pengalaman menyiapkan kerja kursus dan projek-projek seni sentiasa menjadi cerita gurauan dan nasihat untuk anak-anak didiknya kini. Bagi yang pernah mengajar pula, pengalaman di Shah Alam banyak mencorakkan kaedah pengajaran dan proses penyampaian masing-masing. Setiap perjalanan yang membabitkan kedua-dua lokasi ini akan menjadi sebahagian kisah hidup individu dalam meneruskan hidup bersama sisa kenangan yang lalu.

 

SISA + Covid19

​Situasi Covid-19 telah banyak memberi kesan dalam kehidupan kita seharian, justeru kami memahami anda yang tidak dapat hadir ke pameran secara alami dengan menyediakan preview katalog dalam bentuk e-katalog untuk akses anda.

Untuk melihat preview dan menghayati karya yang dihasilkan, kami sediakan e-Katalog percuma untuk anda lihat karya-karya yang dipamerkan di KAMI 8:SI+SA ini :

Muat turun e-Katalog di sini.
Download  e-catalogue here.