KAMISHOW 2017 20/50

KAMISHOW 2017 20/50

“Celebrating Creativity”

Pameran Staf ‘Kami Show 20/50’ (2017) ini adalah sempena sambutan AD50 yang mana Fakulti Seni Lukis & Seni Reka (FSSR) meraikan sambutan jubli emas ke-50 pada tahun ini dan dalam masa yang sama turut meraikan FSSR UiTM Perak telah mencapai usia lebih 20 Tahun penubuhan.

 

 

Pameran yang julung kali ini telah menampilkan kelainan dengan mempamerkan karya-karya pensyarah ketika zaman mereka belajar atau karya-karya lama yang mempunyai nilai sejarah dan nilai sentimental kepada pelukis.

 

Menerusi tagline “flashback”, karya-karya yang dipamerkan dapat membangkitkan kenangan peribadi di kalangan pelukis dan juga memberi peluang kepada para-pelajar untuk melihat sendiri hasil karya pensyarah mereka ketika seusia dengan mereka. Pameran ini melibatkan penyertaan dari lima program utama iaitu Program Seni Halus, Fesyen, Seramik, Foto, Grafik dan tidak ketinggalan juga program Asas Seni dan Liberal yang turut sama menghantar penyertaan.

“Flashback”- ceritera masa lalu… kembali menerusi “Kami Show 20/50”

Kurator Galeri Al Biruni, Disember 2017.