Overview

Overview

SEJARAH GALERI AL-BIRUNI

Galeri Al Biruni pada asalnya merupakan ruang sebaguna atau guna sama siap dibina pada 30/10/2010 bersama bangunan bengkel Fine Art dan bengkel Seramik. Design awalnya disediakan pentas pasang siap untuk fesyen show pelajar dari Jabatan Fesyen. Ruang belakang masih terdapat bilik persalianan untuk model tukar pakaian. Memandangkan Jab fesyen banyak mendapat tajaan luar maka fesyen show sering diadakan di luar seperti di hotel-hotel di sekitar perak. Maka GAB dijadikan galeri sepenuhnya semasa pengurusan Ketua Pusat Pengajian Tn Dr Syed Alwi. GAB juga pernah dijadikan  dewan peperiksaan akhir Uitm Perak, pernah dijadikan tempat jamuan makan malam, pernah juga dijadikan ruang niaga untuk karnival teknologi digital, dengan menjemput syarikat  luar menjual gajet dan alatan digital. GAB juga pernah disewa oleh rakan artis (Noor Azizan Rahman Paiman) untuk dijadikan tempat berkarya selama sebulan iaitu pada tahun 2016. Pada 8 Mei 2017 GAB telah dirasmikan oleh YBHG Tan Sri Zarinah Binti Anwar (Pro Cancelor UiTM) Logo GAB design oleh En Syahrul Nizam Shaari (Pak Yop)

 

 

PENGURUSAN GALERI AL-BIRUNI

Satu-satunya galeri di Malaysia yang cuma ada satu jawatan sahaja dilantik untuk menjalankan dan pengurusan seluruh sistem galeri. 1 jawatan Kurator lantikan oleh Rektor. Kurator akan menubuhkan jawatankuasa khas galeri dengan melantik pembantu kurator dari setiap jabatan menerusi lantikan dalaman. GAB juga menerima pelajar latihan praktikal terutama pelajar dalam bidang seni bagi membantu melancarkan lagi pengurusan. Pernah juga GAB membuka keahlian (volunteer) kepada pelajar sebagai rakan galeri. Ia terbuka kepada semua pelajar uitm perak tak kira fakulti mana pun. Kelebihan pelajar akan dapat coupon asrama, tshirt dan sijil. Program ini mendapat sambutan yang menggalakkan dan ramai pelajar yang add dalam group whatapp rakan galeri. Tetapi apabila aktiviti dijalankan, hanya 2 orang sahaja volunteer yang datang. Kadang-kadang tak ada langsung.

 

Kurator yang pernah memegang jawatan.

  1. En Zainon Abdullah -2000-2011 (Bertugas di Galeri FSPU)
  2. En Noor Azizan Rahman Paiman– 2012-2013
  3. En Khairil Anuar ( Paen) – 2014-2016
  4. Dr Aznan Omar – 2017-kini

 

 

TIMELINE PAMERAN KAMI (FSSR UITM PERAK)

2000 – Fakulti Show KAMI 1, Galeri FSSR, UiTM Shah Alam, Selangor

2004 -‘KAMI 2’ Galeri Shah Alam, Selangor. (dirasmikan oleh Raja Muda Perak)

2005 – Open Show (KAMI 3), Galeri UiTM Perak. Perak.

2007 -‘KAMI 4’ Balai Seni Lukis Penang, Malaysia.

2008 – SERANGKAI RUPA, Galeri Tuanku Nur Zahirah UiTM Shah Alam.

2011 – STAF SHOW (KAMI 5), Galeri FSPU UiTM Perak.

2012 – Pameran ‘KAMI 6 ’, Galeri Al Biruni UiTM Perak.

2017 – ‘KAMISHOW 2050’ Galeri Al Biruni, UiTM Perak.

2020 – PAMERAN KAMI 8 : SI + SA, Galeri Shah Alam Selangor.